Erra Fazira mengaku sudah ada teman baru

Bekas Ratu Cantik Malaysia ini mengakui bahawa beliau kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun menolak sekeras-kerasnya gosip yang konon teman rapatnya itu merupakan golongan kenamaan atau VVIP.

"Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang sedang rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah golongan atasan, itu tidak benar sama sekali.

"Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.” Ujarnya seperti dipetik daripada laporan Mynewshub.

Erra memlilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut apabila ditanya lebih lanjut.

Tambahnya lagi, pada umurnya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip, dan dia juga sudah muak untuk mendengar segala gosip dan khabar angin mengenai hubungan cintanya.

0 Response to "Erra Fazira mengaku sudah ada teman baru "

Post a Comment