"Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tidak berkecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai seorang penyanyi dan bukannya menjadi duta produk.
"Cuma ia sekadar satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, 'muka pecah' macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta?" ujarnya
Malah pelantun lagu "Penglipur Lara" ini memberitahu dia enggan produk yang diwakilinya nanti boleh menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi dan dia perlu memastikan produk berkenaan sesuai dengan imej yang dibawanya.
"Bayangkan saya pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang menjual kopi kesihatan untuk orang yang sudah berkahwin. Saya menolaknya dengan baik kerana sebagai orang yang belum berkahwin, rasanya tidak relevan untuk saya menjadi duta produk tersebut," katanya lagi.
0 Response to "Hazama ,Kurang Kacak Penyebab Tidak Dapat Tawaran Jadi Duta ?"
Post a Comment