Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada malam tadi (Jumaat), tiada siapa menyangka anugerah tersebut telah mengguris hati seseorang.
Penulis Lirik lagu ‘Cindai’, Hairul Anuar Harun telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap penyampaian lagu yang dinyanyikan oleh Stacy malam tadi.
Menerusi akaun Facebooknya (FB) Hairul Anuar telah memuat naik status, “hahaha... cindai dah jadi cib**...lirik ikut sedap mulut kau je...lantak korang la...” dan perkara tersebut telah menarik perhatian sebahagian rakan FB yang bersetuju dengan kritikan pedasnya itu.
Rata-rata yang memberi komen turut tidak bersetuju dengan cara Stacy menyampaikan lagu tersebut apabila penyanyi tersebut menyanyikan lirik yang salah.
Hairul Anuar turut mengkritik persembahan Stacy yang kononnya mahu menyuntik kelainan ketika menyampaikan lagu Cindai, sebagai tidak menjadi.
“Nak kelainan sgt kan? hambik la... mmg lain la jadinya..,” tulis Hairul di bahagian komen.
Selain itu ada juga rakan FB Hairul mendakwa Stacy telah terlupa lirik dan ‘hentam kromo’ ketika menyanyikan lagu dendangan asal Dato’ Siti Nurhaliza itu.
Penulis lirik tersebut juga kesal apabila karyanya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut.
Astro Gempak kongsikan kepada anda video persembahan Stacy ketika menyampaikan lagu Cindai di malam ASK 2014, yang telah dikongsikan oleh 'Atoszone' menerusi akaun Youtubenya:
xde pun kedengaran cib*i ??...
ReplyDeleteyup cib*i tu penulis lirik ni ckap untuk mgatakan lirik dia dah berubah jadi tajuk lagu berubah Cindai jadi Cib*i...kesilapan liriknya di
Delete"Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan"
Stacy telah salah tukar lirik "RASA" dan "DAYA" pada minit 1:56
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteala penulis lirik ni sensitif sangat lah... bkn di sengaja kan pun.. entah ape2.. cuba dia nyayi sambil nari..entah dia sendri pun lupa lirik dia sendri.. bertolak ansur lah..tau lah diri tu yg buat lirik ni....fikir cara positif.... byk penyanyi tersalah lirik atas pentas tak pun penulis lirik yg lain terasa bagai..entah ape2 da...
ReplyDelete