Seorang lelaki Nigeria didakwa kerana menggoda dan menipu seorang wanita Australia kononnya mereka akan berkahwin.
Jurucakap Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC), Wilson Uwujaren berkata, lelaki itu meyakinkan mangsa bahawa dia memerlukan wang kira-kira RM291,000 untuk membuat persiapan perkahwinan.
“Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah di Ibadan atas tuduhan penipuan dan menerima sejumlah wang daripada seorang wanita warga Australia atas tuntutan palsu,” katanya.
Menurut Uwujaren, Orowo Jesse Omokoh bertemu Jette Jacobs, 67, yang menetap di Johannesburg, Afrika Selatan melalui Internet pada 2012.
Selepas beberapa kali berhubung, Omokoh berjanji untuk berkahwin dengan Jette.
Namun, dia dan beberapa individu lain memperdaya wanita terbabit dengan menuntut wang sebagai ‘persiapan’ perkahwinan mereka di Nigeria.
“Orowo meninggalkan Nigeria untuk bertemu Jette pada 4 Februari 2013 dan lima hari kemudian wanita itu ditemui mati di apartmennya di Johannesburg,” katanya.-AFP
0 Response to "Wanita Tergoda Sanggup Serah Rm291,000"
Post a Comment