Saya Sayang Nizam -Adibah Nor


Akhirnya Adibah Nor telah berjumpa jodoh sejak sekian lama membujang seharunya beliau sudah berumah tangga .

“Saya dah jumpa jodoh saya, namun jodoh tak semestinya berakhir dengan perkahwinan,” tutur penyanyi Adibah Noor ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbarunya, ‘Bahasa Rindu’ di Ben’s, Bangsar Shopping Centre, pada Selasa.

“Dia merupakan sahabat susah lebih daripada senang. Bagi saya, persahabatan itu juga jodoh, namun kami tidak ada perasaan cinta langsung. Saya sayang dia sebagai kawan. Kami dah kenal sejak tahun 1986 dan saya rasa dia merupakan sahabat sejati saya. Kami mengambil berat antara satu sama lain dan saya tahu dia akan berada di sisi saya sampai ke akhir hayat saya,”


Bagi mereka yang mungkin tidak mengenali Nizam Din, anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah berjaya memenangi pertandingan nyanyian ‘Bintang Wilayah 1986’ serta merupakan naib juara ‘Sinaran Pasport Kegemilangan’ tahun 1996. Pada majlis tersebut, Nizam yang turut hadir dilihat menitiskan air mata ketika muzik video ‘Bahasa Rindu’ dipertontonkan julung kalinya kepada umum.

“Saya tersentuh sebab kami dah lalui macam-macam perkara dalam persahabatan kami. Apabila Adibah meletup (marah), sayalah yang akan jadi airnya, begitu juga sebaliknya. Saya juga berasa terharu kerana tak sangka akan dapat peluang yang sangat hebat sebegini,” katanya sambil mengakui berdebar apabila bekerjasama dengan komposer hebat, Azlan Abu Hassan.


0 Response to "Saya Sayang Nizam -Adibah Nor"

Post a Comment