Isu cermin gelap: Tunggu pengumuman bengkel khas sama ada terus, batal operasi
Kuala Lumpur: Pasukan Trafik Bukit Aman menunggu keputusan bengkel khas berkaitan pindaan peraturan cermin gelap pada 2 Jun ini sama ada meneruskan atau membatalkan Operasi Cermin Gelap di seluruh negara.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata sebarang perubahan dan pindaan terhadap peraturan itu nanti akan diguna pakai oleh pasukan trafik dalam menjalankan operasi selepas ini.
“Kita tunggu hasil bengkel...operasi hanya akan diadakan bermula 16 Jun ini,” katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk mengguna pakai peraturan baharu penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan.
“Pindaan baru peraturan itu akan dimuktamadkan menerusi satu bengkel khas diadakan selama dua hari bermula 2 Jun ini di Hotel Holiday In Gleanmarie, Shah Alam,” katanya.
0 Response to "Isu Cermin Gelap: Operasi Bakal Dibatalkan"
Post a Comment