Fizo Akui Isterinya Punyai Beribu Koleksi Tudung Fareeda

Menurut laporan portal MalaysianDigest, difahamkan Fizo Omar memberitahu yang isterinya, Mawar telah menyimpan ribuan helai tudung Fareeda di rumah mereka. 

Memandangkan Mawar adalah duta dan pemilik, maka tidak hairanlah jika Mawar sering memakai tudung baru rekaan dari Fareeda.

"Mawar ada simpan beribu helai tudung dalam almari di rumah. Kalau dia dah pakai satu-satu tudung tu, dia tak akan ulang-pakai lagi. Itu juga sebagai satu promosi untuk jenama Fareeda. Mak mertua saya akan buat rekaan dan Mawar bertanggungjawab memakai tudung tersebut sebagai promosi. Jadi memang setiap hari dia akan pakai rekaan baru. Memang koleksi tudungnya sekarang dah beribu tersimpan dalam almari di rumah kami.

"Bukan tak mahu jual tudung-tudung tersebut, tapi Mawar ada cakap yang dia rasa tak sedap hati nak jual ataupun nak bagi pada orang sebab dia dah pakai tudung tu walaupun hanya sekali. Dia rasa tak manis bagi barang yang dia dah pakai kepada orang lain.

Disebabkan dah terlalu banyak, saya ada sarankan supaya jual saja. Sekarang saya tengah cuba puJuk dia untuk buat pre-love (jual dengan harga rendah). Tapi soal harga tu, belum ditetapkan lagi. Dan tak tahu lagi sama ada dia setuju atau tidak", -Fizo

0 Response to "Fizo Akui Isterinya Punyai Beribu Koleksi Tudung Fareeda"

Post a Comment