London – Ibu bapanya adalah individu kaya dengan pendapatan dianggarkan bernilai RM533 juta. Namun Brooklyn Beckham yang merupakan anak kepada pasangan terkenal David Beckham dan Victoria diajar supaya berdikari.
Remaja berusia 15 tahun itu diajar menghargai wang, bagaimana caranya? Iaitu dengan bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi, dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam.
Bagaimanapun disebabkan usianya bawah umur, dia tidak boleh bekerja lebih tujuh jam sehari. Brooklyn sebaliknya perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.
Salah seorang pekerja di kedai kopi itu memberitahu, Brooklyn telah bekerja di situ dan hubungannya dengan pembancuh kopi yang lain adalah baik.
Cerita mengenai Brooklyn yang bekerja bagi mencari duit sendiri itu meskipun ibu bapanya adalah orang kaya telah menjadi contoh kepada remaja lain.
Dia mendapat pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja di situ walaupun boleh hidup mewah.
Dalam pada itu, sumber rapat keluarga Beckham berkata, pasangan berkenaan memang menggalakkan anak mereka bekerja.
Beckham yang mempunyai tiga anak lain iaitu Romeo, 11, Cruz, sembilan dan Harper, dua, memang selama ini mengajar anak-anak mereka mengenai kerja keras.
Sebelum ini, Beckham dilaporkan memberitahu bahawa dia dan Victoria cuba menjadikan diri mereka sebagai contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
“Salah satu perkara yang saya dan isteri saya lakukan ialah kami sering bersama anak-anak kami kerana mereka adalah keutamaan kami, dan kerja keras merupakan salah satu perkata untuk ditunjukkan kepada anak-anak kami,’’ katanya.-Agensi
0 Response to "David Beckham Dan Victoria Memiliki Harta RM533 Juta Anak kerja Di Kedai Kopi"
Post a Comment