Rumahtangga Abby Abadi Bergolak?

Lautan mana tidak dibadai ombak inikan pula manusia, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial -berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah.

Abby Abadi menerusi Instagram beliau dalam bebarapa hari kebelakangan ini mengirimkan beberapa status meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan suaminya walaupun tidak diceritakan apakah sebabnya.

Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik.

Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?


Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan para peminat.seandainya punyai masalah selesaikanlah secara terbaik agar tidak berlaku perkara yang seharusnya..

Related Posts :

0 Response to "Rumahtangga Abby Abadi Bergolak?"

Post a Comment