Mempunyai perasaan takut untuk menaiki kapal terbang, penyanyi Akim Ahmad terpaksa menolak beberapa tawaran sekiranya lokasi persembahan atau penggambaran memerlukannya untuk menaiki pesawat.
Menurut Akim perasaan takut yang terbit dalam dirinya tidak dapat dibendung dan menyebabkan dia sering berfikiran negatif sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.
“Tidak dinafikan, saya memang terpaksa menolak tawaran yang memerlukan saya menaiki pesawat dalam masa yang lama.
“Kali terakhir saya menaiki pesawat ialah dua tahun lalu itu pun kerana Fear Factor… Perjalanan ke Capetown mengambil masa selama 17 jam dan saya tak dapat nak elak daripada berfikiran negatif.
“Macam-macam yang saya fikirkan ialah kita berada ditempat yang tinggi, tak nampak darat malah pergerakkan juga terhad,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Namun pemilik nama Afiq Hakim Ahmad, 23, ini mengakui disebabkan perkara itu dia telah bertemu pakar psikologi untuk membantu mengawal penyakit yang dikenali sebagai aerofobia ini.
“Setakat ini saya dah menjalani terapi dengan pakar psikologi dan keputusannya tidak membahayakan… Ia hanyalah perasaan sahaja dan boleh diubati.
“Selain itu untuk mengatasi masalah ini juga saya sedang melatih diri untuk menaiki pesawat yang perjalanannya tidak lebih dari 3 hingga 5 jam” tambahnya
0 Response to "Akim Ahamd [AF] Jumpa Pakar Psikologi"
Post a Comment