Penyanyi Siti Nordiana berkata kebanyakan peminatnya tidak gemar melihat dia berpakaian terlalu moden.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, teguran itu boleh diterimanya memandangkan dia sendiri melihat dirinya kurang sesuai berpakaian secara berlebih-lebihan.
Siti Nordiana
"Memang sekarang ini peminat-peminat begitu prihatin dengan setiap pergerakan dan pemakaian saya.
"Sampaikan gincu mana yang sesuai dan tidak sesuai pun mereka bercakap. Cuma mereka tidak suka jika saya terlalu 'urban' dalam berpakaian. Pernah sekali saya memakai 'jumpsuit' dan mereka tegur," katanya .
Nana ditemui pada majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Beritahu Nana, sebagai seorang penyanyi yang kembali bersinar dalam industri seni tempatan, dia begitu peka dengan setiap teguran daripada peminat-peminatnya.
Malah kemana-mana sahaja dia pergi, peminat akan diberi keutamaan tidak kira jika mereka mahu bergambar atau bersalaman.
"Berbeza dengan dahulu, jika saya penat, saya tidak akan layan peminat. Tetapi sekarang lain.
"Mereka banyak menaikkan saya dan kerana itu saya tidak mahu menghampakan mereka dan akan layan sebaiknya," ujar Nana.
Nevertheless I think famous people shouldn't lay to heart everuthing people write about them. I hope she will use best essay writing service to make clear request to her fans.
ReplyDelete