Berita perceraian diva Anita Sarawak atau Kak Nita bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini pernah timbul spekulasi penghibur terkenal itu berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah.
Malah, kononnya kepulangan semula Kak Nita, 63, ke Las Vegas, Amerika Syarikat kerana mengubat hatinya yang luka dek perpisahan tersebut.
Pernah juga tertanya apabila timbul dakwaan Kak Nita kononnya dikatakan sudah berhijab apabila ada peminat terserempak dengannya ketika di sana.
Namun, beberapa hari lalu, nama pelantun yang cukup popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu kembali mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi mengenai gosip sudah berpisah dengan suaminya.
Menurut adik Kak Nita iaitu pelakon Noorkumalasari, 59, berkata, Kak Nita memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.
Katanya kepada portal Mstar, dia ada berbual dengan kakaknya itu menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan bertanyakan sendiri kepada Kak Nita tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir.
Kak Nita memberitahunya perkara itu tidak benar dan berharap semua pihak mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
Noorkumalasari juga memaklumkan Kak Nita tidak bercadang untuk kembali menetap atau pulang bercuti ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa menetap di Las Vegas.
Jelasnya, Kak Nita tidak mahu meninggalkan kediaman yang dibelinya di negara itu selain gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah sepenuh masa kepada Mahathir.
Sementara itu, Kak Nita yang baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke-63 pada 23 Mac lalu menerima pelbagai ucapan daripada peminat di Facebook yang merindui kelantangan suaranya.
Of course it's unpleasant when a family dacays, but it is their private matter. So if they have decided to divorce, there is nothing to do with it. This service 20% off at proof-reading.services has helped many people to write interesting materials about famous people.
ReplyDelete