Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram

 Nora Danish merupakan antara artis yang mengenakan bayaran termahal untuk review iklan, iaitu sekitar RM 1,500 sehingga RM3,000
Dengan jumlah pengikutnya yang mencecah 1.4 juta orang, bayaran RM1,500 dikenakan bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Manakala caj sebanyak RM3,000 pula dikenakan untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama dan juga untuk hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, model muslimah, Felixia Raisyyah Rania pula mengenakan bayaran sekitar RM 2,000, bergantung kepada pakej yang disediakan.

Berbeza pula dengan Fyn Jamal, Nana Mahazan dan juga Fizo Omar, mereka mengenakan bayaran di bawah RM1,000 untuk peniaga yang berminat meletakkan iklan produk di Instagram mereka. Pengikut mereka juga boleh tahan ramai tau.

Jadi, kalau anda sebagai peniaga, selebriti manakah yang anda akan pilih untuk iklankan produk? Yang mempunyai ramai pengikut tapi harganya mahal ataupun jumlah pengikut yang kurang sedikit dengan harga yang jauh lebih murah?

Share the post "Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram"

0 Response to "Nora Danish Caj RM1,500- RM3,000 Untuk Review Iklan Di Instagram"

Post a Comment