Pelakon Zizan Razak berasa tertekan apabila timbul kontroversi terbaharu iaitu disaman lebih setengah juta ringgit oleh bekas pengurusnya, ketika dia sedang sibuk dengan kerjaya.
"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.
"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.
"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian," katanya
Saman tersebut difailkan selepas Marina yang merupakan Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan selaku rakan kongsinya melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain.
Sedangkan perjanjian pelawak itu dengan syarikat berkenaan masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.
"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.
"Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik," ujarnya.
0 Response to "Zizan Razak Tertekan Akibat Disaman Bekas Pengurus.."
Post a Comment