Pelakon popular Nora Danish meminta orang luar agar tidak menyalah ertikan hubungan baik dengan bekas keluarga mertuanya.!, dia kini sedang bahagia melayari kehidupan bersama-sama anak tunggalnya Putera Rayqal Ramli dan kekasih hati Nedim Nazri.
Hanya kerana dia sering mamuat naik gambar bersama bekas keluarga mertuanya di Instagram, ada pihak yang mengaggap dia terhegeh-hegeh dengan bekas keluarga mertuanya itu.
Dia juga berkata hubungan kekeluargaan mereka tidak pernah putus walaupun dia tidak lagi bergelar menantu keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib. Malah, hubungannya dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan pelakon Fasha Sandha sentiasa baik.
"Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja,saya tidak kisah.
"Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka."
Tambahnya lagi, keluarga bekas suami merupakan satu-satu keluarganya di Malaysia selain ibu dan adik-beradiknya memandangkan semua saudaranya berada di Myanmar.
Tambahnya lagi, anaknya merupakan penyambung ikatan hubungan antaranya dan keluarga bekas suami.
Yang terbaru, anaknya cukup teruja dengan kelahiran adik tirinya dan menyayangi seperti adiknya sendiri.
Apabila diajukan soal cinta, dia harus benar-benar bersedia dan tidak terburu-buru untuk ke fasa seterusnya memandangkan mereka berdua pernah gagal dalam perkahwinan. [Sumber Foto: Twitter ]
0 Response to "Nora Danish, Jangan Ganggu Kehidupan Bahagia Saya.."
Post a Comment