Aktres Izreen Azminda mengakui rimas dan bosan dengan gosip kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan aktor Amar Baharin sehingga dia sukar menjalin hubungan dengan lelaki lain.
"Janganlah kaitkan lagi saya dengan dia. Saya sampai rimas. Lagipun saya ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu. Bagilah kami ruang.
"Saya tidak mahu lagi dibayangi nama dia. Kami hanya kawan biasa saja," katanya kepada Malaysian Digest.
Pada masa sama, janda anak satu ini turut bertindak memadam semua gambar-gambarnya bersama Amar bagi menghentikan gosip tersebut dari terus menjadi bualan ramai.
"Bila saya letak gamabr saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami.
"Tidak mahu pening kepala, sebab itu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ini janganlah kaitkan lagi saya dengan dia."
Dalam perkembangan lain, Izreen memberitahu bahawa anaknya kini tinggal di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah bersama ibunya kerana mahu anaknya menjalani kehidupan lebih baik dan mendapat kasih sayang secukupnya.
Sementara itu, Izreen juga berkata, dia tidak menghalang bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin melawat anak pada bila-bila masa tetapi bersyarat iaitu hanya tidur di rumah ibunya sahaja.
0 Response to "Izreen Azminda,Saya Rimas Dan Bosan Dikatakan Bercinta Dengan Amar Baharin"
Post a Comment