Erra Fazira Sudah Ada Kekasih Baru



Aktres jelita Erra Fazira tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kerana berkata hubungan tersebut masih baru.

"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting, dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.

"Cukuplah, jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serta serba serbi lebih daripada saya," katanya yang dipetik dari mStar.

Erra mempunyai seorang anak bernama Engku Aleesya berusia 5 tahun hasil perkahwinan dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 18 Februari lalu.

Terdahulu, Erra juga pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah filem popular Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dimana hanya bertahan selama tujuh tahun sebelum mereka bercerai.

Dalam perkembangan lain, Erra kini sedang sibuk dengan projek teater "Takhta 3 Ratu" yang menggabungkan tiga produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie Entertainment.

0 Response to "Erra Fazira Sudah Ada Kekasih Baru "

Post a Comment