1. Vladimir Demikhov (Transplant Anjing Berkepala Dua)
Pada tahun 1954, ahli bedah Soviet Vladimir Demikhov, mendedahkan satu karya terbesarnya kepada dunia. Seekor anjing berkepala dua. Kepala anak anjing yang cedera akibat kemalangan telah dicantumkan ke leher anjing gembala Jerman dewasa.
2. Stubbins Ffirth (Minum Darah Pensakit Demam Kuning)
Pada tahun 1954, ahli bedah Soviet Vladimir Demikhov, mendedahkan satu karya terbesarnya kepada dunia. Seekor anjing berkepala dua. Kepala anak anjing yang cedera akibat kemalangan telah dicantumkan ke leher anjing gembala Jerman dewasa.
2. Stubbins Ffirth (Minum Darah Pensakit Demam Kuning)
Semasa tahun 1800-an, seorang doktor di Philadelphia, Stubbins Ffirth, membentuk hipotesis bahawa penyakit kuning bukan penyakit berjangkit, dan melanjutkan hipotesisnya dengan melakukan percubaan pada dirinya sendiri.
Awalnya dia menuangkan darah dijangkiti ke lukanya yang terbuka dan kemudian mencubanya dengan meminum darah pesakit yang dijangkiti tersebut.
Dia tidak jatuh sakit, namun hal ini bukan kerana demam kuning tidak menular tetapi kerana sampel darah pesakit demam kuning yang digunakannya sudah sembuh daripada penyakit demam kuning.
3. Josef Mengele (Malaikat Kematian)
Joseph Mengele menjadi termasyhur kerana menjadi salah seorang doktor SS yang mengawasi pemilihan tahanan yang datang, menentukan siapa yang harus dibunuh dan siapa yang menjadi buruh paksa, serta melakukan eksperimen manusia di kem-kem tahanan tersebut. Orang memanggil Mengele sebagai "Malaikat Maut".
Di Auschwitz, Mengele melakukan beberapa kajian pada anak kembar. Setelah percubaan selesai, anak kembar ini biasanya dibunuh dan tubuh mereka dibedah.
Ia mengawasi sebuah operasi di mana dua anak Gipsi dijahit menjadi satu untuk mencipta kembar siam. Mengele sangat fanatik dengan darah dari anak kembar, terutama yang kembar. Dia dilaporkan mengambil darah mereka sampai mati.
Tawanan Auschwitz Dekel Alex mengatakan:
"Saya tidak pernah dapat menerima kenyataan bahawa Mengele sendiri percaya dia melakukan satu pekerjaan yang serius, bukan kerana cara dia yang kurang teliti tetapi kerana dia mempunyai kuasa. Mengele menguruskan sebuah makmal yang melakukan pembedahan penting tanpa menggunakan ubat bius. "
"Saya pernah menyaksikan sebuah operasi pembedahan perut, Mengele memotong perut tanpa ubat bius. Saat itu amat menggerikan. Mengele adalah seorang doktor yang menjadi gila kerana ia diberi kuasa. "
"Tidak ada yang pernah bertanya kepadanya kenapa yang satu ini mati? Mengapa yang pertama tidak mati? Dia mengaku melakukan apa yang ia lakukan atas nama ilmu pengetahuan, tetapi itu adalah sebahagian daripada kegilaan."
0 Response to "3 Eksperimen Gila Dan Tidak Masuk Akal Pernah Dilakukan DiDunia"
Post a Comment