Syura nafi bakal bercerai dengan suami

Penyanyi dan juara "MasterChef Selebriti Malaysia" musim kedua, Syura menafikan dakwaan bahawa dia bakal bercerai dengan suaminya tidak lama lagi.

"Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan kekuarga. Setakat ini belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro baru-baru ini.

Mengakui setiap rumah tangga pasti akan timbul masalah, Syura menegaskan hubungan dia dan suami masih lagi baik dan bersama. 

"Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami. Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja. 

"Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita. Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga," katanya. 

0 Response to "Syura nafi bakal bercerai dengan suami"

Post a Comment