17 tahun selepas filem "I Know What You Did Last Summer" ditayangkan, Sony Pictures dilaporkan sedang dalam pembikinan menghasilkan semula filem tersebut.
Menurut laporan Deadline, filem yang berjaya mendapat kutipan AS$125 juta pada tahun 1997 dan mempunyai filem susulan setahun selepas itu bagaimanapun masih belum mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai penghasilan semula.
Malah penulis novel Lois Duncan dan pelakon filem itu iaitu Muse Watson turut tidak mengetahui apa-apa mengenai filem itu.
"Saya baca di Variety dan mengetahui filem "I Know What You Did Last Summer" sedang dihasilkan semula," ujar Duncan menerusi laman Twitter.
Filem tersebut telah diadaptasi daripada novel Duncan yang dihasilkan pada tahun 1973.
"I Know What You Did Last Summer" telah dilakonkan oleh Jennifer Love Hewitt, Sarah Michelle Gellar, Ryan Phillippe, Freddie Prinze Jr. dan Anne Heche.
Filem ini mengisahkan sekumpulan rakan sekolah yang menjadi buruan seorang pembunuh selepas kes langgar lari.
0 Response to ""I Know What You Did Last Summer" Bakal dihasilkan semula?"
Post a Comment