"SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.
Sambil menolak kisah mengarut tersebut, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.
Bagi Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.
Yang membuatkan pelakon berusia 22 tahun ini terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.
"Sejujurnya saya tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Itu urusan peribadi mereka dan saya sendiri tak ada hak untuk mengambil tahu itu dan ini.
"Dalam kalangan pelakon memang hubungan saya dan Uqasha sebagai kawan. Kalau saya berkawan tak bermakna saya bercinta dan saya sendiri tak mengetahui macam mana cerita saya menjadi orang ketiga boleh keluar.
"Mungkin penjelasan saya ini boleh menjernihkan sedikit keadaan. Tak usah lagi dipanjang-panjangkan cerita yang saya jadi orang ketiga atau apa,
"Saya tak pernah rasa tergugat dengan isu ini cuma saya kurang senang apabila nama saya dikaitkan dengan perpisahan orang lain. Bukan saya seorang sahaja kawan dia tapi ada lagi yang lain.
"Tapi kenapa nama saya sahaja yang terheret? Itu yang membuatkan saya pening memikirkannya. Apa-apa pun saya bertegas untuk tidak mencampuri urusan mereka," -Syafiq Kyle,
0 Response to "Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose"
Post a Comment