Ramai wanita berstatus ibu di luar sana yang ada anak dara mesti mengidam untuk menjadikan Fahrin sebagai menantu mereka.
Lebih elok lagi kalau anak dara mereka itu ada kerjaya stabil seperti doktor atau jurutera. Lagilah dialu-alukan. siapa yang tak mahu wanita berkerjaya kan?
Lagipun kerjaya Fahrin itu menuntut jadual kerja yang tidak menentu. Kalau ada pasangan hidup yang sama-sama dalam bidang hiburan, lagilah hidup menjadi kelam kabut.
Sebab itu bila dapat tahu Fahrin sudah dilamar oleh seorang ibu yang menawarkan anaknya berkasih dengan Fahrin,bukanlah sesuatu yang pelik
Apatah lagi anak ibu itu seorang pegawai di sebuah hospital di Negeri Sembilan, Dengar cerita hubungan Fahrin dan cik adik itu sedang berjalan lancar. Harap-harap ada khabar berita baik ya Fahrin!
Ramai juga teman-teman yang merisik tentang siapa kekasih terbaharu Fahrin. Macam tak percaya juga apabila Fahrin mengakui yang dia sedang mencari teman wanita yang sesuai.
0 Response to "Fahrin Ahmad Dilamar Seorang Ibu"
Post a Comment