Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Hans Isaac

Pelakon dan pengacara Meletop, Neelofa mengesahkan dan membuat pengakuan kepada akhbar tempatan hari ini bahawa tidak ada lagi hubungan istimewa antara dia dengan Hans Isaac yang dikatakan telah putus Februari lalu.

“Kini kami hanya berkawan dan spekulasi yang mengatakan saya akan berkahwin hujung tahun ini adalah tidak tepat, saya berharap tiada lagi kisah-kisah cinta antara saya dan dia,” kata Neelofa.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi hidupnya dibayangi lagi dengan roh dan jasad Hans Isaac dan ingin teruskan kehidupan secara aman dan tenteram.

Jika itu takdirnya tidak mengapalah, anggaplah tiada jodoh, mungkin Neelofa lepas ini akan ditemukan jejaka dengan lebih baik atau sesuai dengan jiwa Neelofa.

Hans Isaac sebelum ini pernah memberi komen mengenai hubungannya dengan Neelofa, namun dia tidak mahu mengulas lanjut.

Akhirnya, Neelofa secara telus memberi kenyataan hubungan mereka sudah berakhir dan bagi Murai langkah itu paling tepat untuk menghentikan segala spekulasi yang negatif.

Murai doakan kedua-dua pelakon ini terus berjaya dalam bidang masing-masing.

0 Response to "Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Hans Isaac"

Post a Comment