Suami kepada Izreen, Muhamad Riza Baharuddin menafikan dia telah melafazkan cerai terhadap isterinya di lokasi penggambaran seperti yang didakwa. Dalam kenyataannya , laporan yang dibuat oleh sebuah akhbar pada Rabu adalah tidak benar sama sekali.
Bagaimanapun, jurukamera bebas ini mengakui dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu dan masih menuggu tarikh untuk dipanggil oleh pihak mahkamah.
"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi. Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," ujarnya
0 Response to "Suami Izreen Azminda Nafi Cerai !"
Post a Comment