Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki kacukan yang dikhabarkan sudah mencuri hati pelakon Siti Saleha yang menjadi perbualan banyak pihak.
Tanpa berselindung, Saleha menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan.
Ujarnya lagi, kekasihnya itu seorang yang sangat pemalu dengan media.
“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini,” katanya.
Bagaimanapun, Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan nama kekasihnya kepada umum.
Sebelum ini, dia pernah di khabarkan menjalin hubungan dengan seorang penjaga gol yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney dan jejaka Inggeris, Robin Coenraad.
Namun, semuanya terputus di tengah jalan.
Diharapkan hubungan kali ini akan kekal hingga ke jinjang pelaminlah .
0 Response to "Siti Saleha Bersama Teman Lelaki Baru "
Post a Comment