Bapa tiri kepada pelakon popular, Rita Rudaini meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis jam 5 petang tadi.
Allahyarham Johari Joned, 66 tahun meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung yang dihidapinya sejak lima tahun lalu.
“Ini satu kehilangan yang amat besar bagi saya dan anak-anak. Dia adalah ayah dan datuk yang sangat baik kepada saya dan anak-anak dan ia merupakan suatu yang menyedihkan apabila kehilangan beliau.
“Arwah sangat sayang anak-anak saya terutama selepas saya dan bekas suami bercerai. Pemergian arwah ‘uncle’ bermakna anak-anak saya kehilangan datuk tempat bermanja,” kata Rita yang sempat berada di sisi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Johari Joned akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sentua, Utan Aji, Perlis
0 Response to "Bapa Tiri Pelakon Rita Rudaini Meningal"
Post a Comment