Menurutnya, siasatan terhadapnya bukan kali pertama berlaku sejak terlibat dalam dunia politik sambil menyifatkan tindakan itu sekadar cuba memberi tekanan dan menakut-nakutkan pemimpin PR sahaja.
"Saya telah memberi persetujuan untuk diambil kenyataan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini, jam 5 petang untuk satu siasatan di bawah Akta Hasutan.
"Malangnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara tidak pula mengenakan dakwaan terhadap kenyataan perkauman yang sengaja dibuat untuk menimbulkan ketegangan," katanya menerusi satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut satu laporan polis dibuat terhadap beliau kerana menulis buku bertajuk 'Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim' yang memperincikan keterangan dalam perbicaraan kes sodomi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu menambah, kertas siasatan itu tidak menggentarkannya malah beliau akan memastikan jualan buku tersebut dijual lebih banyak di pasaran.
"Saya tidak pernah gentar dan akan memastikan buku Reformasi 2.0 itu yang kini telah mencecah 20,000 jualannya di seluruh negara akan dicetak dan dijual dengan lebih hebat lagi," katanya lagi.
0 Response to "Rafizi Pengarah Strategi PKR disiasat dibawah Akta Hasutan"
Post a Comment