Ahmad Said Kembli Kepada UMNO



PUTRAJAYA -Akhirnya Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai Umno dan kesal atas apa yang berlaku dalam beberapa hari ini sehingga menimbulkan kekecohan di Terengganu .

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun-Adun Terengganu di Perdana Putra, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif positif Ahmad Said dan seorang lagi Adun akan kembali ke pangkuan Umno dalam masa terdekat.

"Yang saya maklum, Speaker beritahu belum menerima kenyataan bertulis dari mereka untuk kembali (jadi Adun Umno).

"Kami penuh percaya dan yakin cuma kita bagi sedikit masa supaya (bilangan) Adun BN kembali kepada 17 (kerusi). Kami dimaklumkan ada komunikasi antara PM dan Ahmad Said dan ia positif," katanya.

Ahmad Said juga dilaporkan bakal mengadakan sidang media jam 5 petang ini.

0 Response to "Ahmad Said Kembli Kepada UMNO"

Post a Comment