NYON (Switzerland) – Kelab mewah Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) hari ini akan didenda 60 juta euro (US$82 juta) oleh UEFA dan diarah mengehadkan skuad Liga Juara-Juara Eropahnya kepada 21 pemain saja untuk musim depan kerana menyalahi peraturan kewangan badan bola sepak Eropah itu.
Ini kerana kedua-dua kelab didapati menyalahi peraturan kewangan badan bola sepak Eropah itu dan tindakan itu adalah siri pertama sekatan dikenakan oleh UEFA dalam menguatkuasakan peratuan barunya bagi membendung pembiayaan keterlaluan pemilik kelab.
Sembilan kelab diketengahkan untuk hukuman namun denda yang dikenakan kepada juara baharu Liga Perdana Inggeris dan juara baharu Liga Perancis itu adalah yang paling berat setakat ini.
City berkata, pihaknya menerima sekatan itu dan tidak akan merayu, namun menegaskan kelab itu mampunyai ‘asas menolak’ peraturan berkenaan dengan UEFA mengenai intrepretasi peratuan yang membabitkan pemain yang dibeli sebelum 2010.
PSG juga menerima hukuman berkenaan meskipun berasa ia boleh menjejaskan keupayaan kelab untuk bersaing dengan pasukan yang lebih besar di Eropah kelak.
Bagaimanapun, UEFA berkata pihaknya akan memulangkan 40 juta euro kepada kelab terbabit sekiranya mereka mematuhi peraturan kewangan dalam tempoh dua tahun nanti-NFT
0 Response to "Didenda 60 Juta Euro -Manchester City Dan PSG "
Post a Comment