KUALA LUMPUR 22 Mei - Penyanyi tersohor, Datuk Sharifah Aini, 61, kini terlantar di wad sebuah hospital swasta di ibu negara bagi menjalani rawatan rapi kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
Biduanita negara itu ketika berkata, keadaan kesihatannya stabil dan baginya menerima rawatan di wad hospital adalah perkara biasa sejak dijangkiti virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu.
Bagaimanapun penyanyi berusia 61 tahun itu berkata, dalam pada itu beliau berkata buat masa ini tidak menerima pelawat kerana keadaanya yang masih lemah
Sharifah Aini atau nama penuhnya Sharifah Aini Syed Jaafar yang tabah menghadapi dugaan itu berkata, apa yang dilaluinya adalah ketentuan Allah dan beliau reda jika telah tiba masa untuknya kembali ke pangkuan yang maha Esa.
Beliau menerusi akaun laman Facebooknya sejak dua hari lalu menulis kata-kata yang beliau reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.
"Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan Allah, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan.
"Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua," katanya di laman sosial itu.
Beliau yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam bidang seni ini turut menyarankan kepada para peminatnya agar menggunakan laman sosial miliknya itu dengan sebaik mungkin.
"Seandainya saya sudah tiada, gunakanlah Facebook ini ke arah kebaikan, demi menjaga silaturahim, saling menasihati antara satu sama lain dan bukan untuk mengumpat atau menabur fitnah. Segala perbuatan yang sia-sia akan mendatangkan dosa, kasihanilah diri anda sendiri," katanya.
0 Response to "Datuk Sharifah Aini Terlantar Dihospital Paru-paru Dijangkiti Kuman"
Post a Comment