Pelakon kacak Zul Ariffin memberitahu, dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon drama jika dibandingkan dengan filem untuk mengekalkan namanya dalam industri tempatan.
Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri "Rindu Awak 200%" ini berkata, sambutan yang kurang menggalakkan dalam industri perfileman membuatkan dia lebih berhati-hati untuk mengambil tawaran berlakon filem.
"Keadaan pasaran filem sekarang membuatkan saya takut kerana sambutan tidak menggalakkan. Banyak filem yang bagus-bagus tapi tidak berjaya menarik penonton.
"Ia risiko besar dan Isya-Allah kalau dah tiba masa yang sesuai, projek dan watak yang bagus saya akan fikirkannya," ujarnya seperti dipetik daripada mStar.
Tambah Zul lagi, pembawaan watak antagonis sebelum ini kurang mendapat perhatian penonton jika dibandingkan dengan sekarang, dimana dia kini lebih dikenali dengan watak romantik.
"Saya mula dikenali dengan watak romantik tetapi hakikatnya sebelum ini kebanyakkan watak saya adalah antagonis seperti dalam filem "Penanggal" dan "Bikers Kental".
"Penonton tidak beri perhatian terhadap lakonan watak itu dan lebih suka saya bawa watak romantik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama "Istikharah Cinta" untuk slot Akasia di TV3.
0 Response to "Zul Ariffin takut berlakon filem kerana kurang dapat sambutan"
Post a Comment