Mawi 'World' masih ingat lawak 'Urdu' Allahyarham Nik Aziz

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke tiga, Asmawi Ani atau Mawi, 33  berkongsi kisah menarik ketika kali pertama bertemu Allahyarham Nik Aziz pada tahun 2005.

Kata Mawi, ketika itu dia berpeluang mengadakan persembahan sempena perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

“Allahyarham suka dengan perkataan ‘World’ yang saya bawa ketika di dalam program AF. Beliau mahu saya teruskan berbuat demikan. Itu yang apa kami bualkan ketika kali pertama berjumpa,” kata Mawi 

Mawi turut bercerita yang dia sempat melawat Allahyarham ketika beliau dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.

“Saya ketika itu ke Kota Bharu untuk bantuan amal mangsa banjir. Bila dengar Allahyarham tidak sihat, saya ambil kesempatan pergi melawat beliau di hospital.

Bila saya sampai, saya tengok Allahyarham sedang bersenam. Beliau pandang saya, kemudian bertanya ‘Apa Khabar’ dalam bahasa Urdu. (ketawa) Mungkin ketika itu beliau sangkakan saya adalah orang lain,” imbas Mawi mengenai kenangan manisnya bertemu bekas Menteri Besar Kelantan yang sememangnya fasih berbahasa Tamil, Urdu dan Arab selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu.

Kata Mawi, dirinya kagum dengan sifat Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat suka berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.

"Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini," kata Mawi.

0 Response to "Mawi 'World' masih ingat lawak 'Urdu' Allahyarham Nik Aziz"

Post a Comment