Pasti ramai wanita di luar sana mengambil masa yang lama untuk bersiap , lebih-lebih lagi di waktu pagi ketika hendak keluar bekerja.
Mana tidaknya, anda nak kena fikirkan tentang gabungan warna, konsep, malah pasti ada yang sampai menukar pakaian beberapa kali untuk pastikan pakaian itu sesuai untuk dipakai.
Jika pakaian kamu tidak kena, mulalah hilang 'mood' dan masam muka sahaja apabila keluar.
Jom ikuti tips yang dipetik daripada majalah Remaja agar anda tampil selesa dan tidak lewat ke tempat kerja.
Pakai selapis
Untuk menjimatkan masa, pilihlah pakaian yang tidak berlapis seperti kemeja atau blaus di padankan dengan seluar hitam. Ini kerana, baju yang berlapis selalunya memerlukan sedikit masa untuk padanan. Jadi, mengapa perlu bazirkan masa jika kamu sebenarnya boleh jimatkan masa, betul tak ?
Buat persiapan
Sebelum kamu lelapkan mata untuk tidur, buat sedikit persiapan pakaian untuk esok. Jika baju yang ingin di pakai itu perlu di gosok terlebih dahulu, jangan tangguh-tangguhkannya. Segera gosok baju dan terus gantungkan ia. Jika tidak kamu akan tergesa-gesa keesokannya. Malah, kamu juga boleh mengambil sedikit waktu untuk merancang pakaian untuk di pakai keesokan harinya. Percayalah tip ini sangat membantu!
Pakai pakaian terbaik
Jangan bazirkan masa, cuba ingat kembali pakaian terbaik kamu dan segara kenakan ia. Ya, cara ini akan membantu kamu menyelesaikan masalah 'dilema memilih pakaian' dengan sekelip mata. Sekurang-kurangnya selepas mengenakan ia kamu akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
'All about basic'
Jika kamu benar-benar ketandusan idea untuk bergaya, pilih pakaian 'basic' yang sangat 'simple' seperti gabungan jeans, t-shirt, dan blazer. Kemudian tambahkan sedikit aksesori agar penampilan kamu nampak lebih menarik. Tidak perlu peningkan kepala hanya untuk memilih tema pakaian. [Sumber Foto: GettyImages]
0 Response to " Tips jimat masa bersiap di waktu pagi"
Post a Comment