Penyanyi terkenal Selena Gomez telah bertindak memadam gambarnya di sebuah masjid di Abu Dhabi yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya selepas dikecam teruk.
Dipetik dari sebuah akhbar, Selena dikritik hebat apabila gambar yang dimuat naik itu memperlihatkan penyanyi itu memaparkan kaki dikatakan biadap.
Salah seorang peminatnya turut mengecamnya sikapnya yang tidak sensitif kerana tidak menjaga adab ketika berada di masjid.
"Wow, saya bukan Muslim tetapi ini semua kerja gila. Sebuah masjid bukan untuk tempat berhibur.
"Itu adalah tempat suci yang tenang untuk berdoa kepada Tuhan. Ini bukan tempat buat orang bodoh yang pergi menyanyi, menari dan melakukan perkara lain."
Walaupun dikecam hebat, penyanyi berusia 22 tahun itu mengambil pendirian untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan atau membalas kritikan itu.
0 Response to "Selena Gomez Padam Gambar Di Masjid Selepas Dikecam"
Post a Comment