SELASA lalu, Presiden Barack Obama tiba di Arab Saudi untuk bertemu dengan Raja Salman selain menyampaikan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Abdullah.
Ketibaan beliau bersama isteri, Michelle dengan pesawat Air Force One di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh disambut penuh protokol dan turut dihadiri para pembesar negara itu termasuklah Putera Mahkota Moqren.
Namun apa yang menarik perhatian ramai mengenai lawatan itu adalah keperibadian Raja Salman yang begitu menjaga hubungannya dengan Allah SWT lebih daripada segala-galanya.
Bayangkan di saat-saat protokol masih berlangsung, Raja Salman terus meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar sebaik sahaja azan berkumandang.
Bagaimanapun, Raja Salman menerusi rakaman siaran televisyen dilihat terlebih dahulu menjelaskannya kepada Presiden itu sebelum berlalu pergi. Salute!
0 Response to "Raja Salman Bergegas Tinggalkan Obama Untuk Solat Asar [Video]"
Post a Comment