Menjadi satu-satunya wanita tunggal dalam program realiti popular Running Man, pelakon Song Ji Hyo mengakui ia merupakan sesuatu yang sukar.
Menurut Ji Hyo, ini berikutan kerana dia perlu bersaing bersama enam lelaki yang juga merupakan hos program tersebut iaitu Kim Jong Kook, Kang Gary, Yoo Jae Suk, Haha, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin semasa melakukan cabaran.
“Saya akui menjadi satu-satunya ahli perempuan dalam program ini bukanlah sesuatu yang mudah… Ia agak mencabar bagi saya kerana saya perlu bersaing bersama mereka.
“Namun saya gembira kerana sejak hari pertama saya bersama semua ahli Running Man, mereka telah menyokong dan menjaga saya.
“Tanpa mereka saya tidak akan berjaya hingga ke tahap ini,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media ‘Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia’ baru-baru ini.
Selain itu, aktres cantik ini juga memberitahu hubungan diantara ahli Running Man adalah sangat rapat dan boleh diibaratkan sebagai adik-beradik.
“Sepanjang saya berada dalam Running Man, saya berasa sangat seronok dan hubungan kami juga sangat rapat dan boleh diibaratkan seperti adik-beradik.
“Kami mengharungi susah senang bersama-sama dan sentiasa meyokong antara satu sama lain… Banyak perkara yang saya pelajari sejak bersama mereka.” ujarnya.
Dalam pada itu, Song Ji Hyo juga terkejut dan berterima kasih dengan sambutan hangat serta sokongan padu peminat di Malaysia terhadap program tersebut.
“Ini merupakan pertama kali saya berada di Malaysia dan saya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat di Malaysia.
“Saya berterima kasih kepada anda peminat semua dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk anda semua.” tambahnya
kredit:Tianchad.com
0 Response to "Song Ji hyo Akui Sukar Jadi Wanita Tunggal Dalam Running Man"
Post a Comment