Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah pelakon kegemaran ramai ini akan menamatkan zaman bujangnya.
Kata pelakon ini lagi, dia belum puas untuk bekerja dan akan terus bekerja keras untuk mengubah kehidupnya yang pernah hidup susah dahulu.
"Saya suka bekerja. Lepas zaman sekolah sampai umur saya 27 tahun, saya tidak ada kerja dan saya pernah hidup susah. Jadi bila saya dapat peluang untuk bekerja, cari duit untuk diri saya dan keluarga saya, saya 'all out' sampai tak kisah penat. Sampai masuk hospital pun saya tetap akan teruskan," kata Sam yang ditemui pada pratonton filem "Kaki Kitai" di TGV Setia Walk, Puchong semalam.
Sam yang kini berusia 32 tahun berkata, dia tidak meletakkan had umur untuk mendirikan rumah tangga dan dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga jika sudah sampai masanya.
"Saya sudah bersedia lama dah. Sampai saya tengok anak-anak buah saya semua sudah besar. Tapi belum masanya lagi. Allah belum buka lagi pintu hati saya."
Mengenai kariernya, dia kini sedang sibuk mempromosikan filem-filem lakonannya yang akan ditayangkan pada tahun ini.
Antaranya ialah "Kaki Kitai" yang bakal ditayangkan pada 20 November ini, "Manisnya Cinta di Cappadocia" dan "Kasut Ku Kusut" pada Disember ini.
Menerima tawaran berlakon yang tidak pernah putus pada tahun ini, Sam merancang untuk berehat sehingga awal tahun hadapan.
0 Response to "Shaheizy Sam seronok bekerja, ketepikan soal kahwin"
Post a Comment