BACHOK, 6 NOV - Berikutan penyebaran gambar bo gel seorang remaja yang didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal berdekatan dengan sebuah masjid beberapa hari lepas, Ibu kepada remaja berkenaan meluahkan perasaan kecewanya dengan tindakan orang ramai yang sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.
Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yang berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu.
“Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila dibogel orang kampung, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.
“Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa anaknya itu.
Ibu kepada remaja berkenaan turut menambah tindakan yang diambil orang ramai terhadap anaknya dalah bertentangan dengan ajaran Islam.
“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membo gelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain.
“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membo gelkan anak saya,” katanya.
Beliau juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar aib anaknya di laman sosial kerana ia perkara yang memalukan.
“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera kerana ia memalukan,” katanya.
Sementara itu Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membo gelkan remaja itu.
“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka remaja itu dibo gel orang kampung dan saya tak tahu siapa yang lakukan.
“Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.
Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.
“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.
Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.
Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya.
Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Mazlan berkata insiden bo gel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-Benama
0 Response to "Luahan Hati Ibu Remaja Yang Dibogelkan Kerana Mencuri Motorsikal.."
Post a Comment