Setelah sekian lama ramai tertanya-tanya siapakah yang akan menerbitkan filem berkisarkan rumah berhantu Villa Nabila akhirnya terjawab apabila pengarah muda Syafiq Yusof akan menggalas tanggangjawab itu.
"Saya berjumpa Daniel (pembikin filem indie) yang kebetulan ketika itu merancang membuat filem dokumentari mengenai rumah tersebut selepas peristiwa kehilangan seorang remaja menjadi viral dalam kalangan masyarakat.
"Selepas itu, saya berpandangan ia boleh dijadikan filem," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Menurut pengarah berusia 22 tahun itu berkata, filem "Villa Nabila" akan berdasarkan kisah sebenar hasil rujukan menerusi temubual dengan individu yang pernah mengalami pengalaman misteri di kediaman tersebut.
"Pelbagai versi yang kami dengar tetapi paling menarik, cerita dua kontraktor iaitu Asyraf dan Amar melalui pengalaman pelik, mistik dan seram sewaktu menjalankan projek di kawasan rumah."
Dalam pada itu, filem yang menjalani penggambaran selama 15 hari itu akan diberi suntikan konsep indie oleh pengarahnya. "Karya ini menjadi satu lagi filem eksperimentasi daripada saya apabila kali ini saya menyuntik konsep indie.
"Walaupun ada pihak lain yang ingin menghasilkan filem ini, tetapi filem "Villa Nabila" ini adalah olahan dan skrip saya."
0 Response to "Kisah Seram"Villa Nabila"Bakal Difilemkan Syafiq Yusuf"
Post a Comment