KEJAM!! Mayat Anak Berusia 5 Tahun Disimpan Selama 3 tahun Untuk Tuntut Skim Faedah Anak Daripada Kerajaan..

Slovakia - Seorang ibu dan bapa tiri dihukum penjara selama 31 tahun kerana menyeksa sehingga menyebabkan kematian anak perempuan mereka berumur lima tahun dan menyembunyikan mayatnya untuk menuntut skim faedah anak daripada kerajaan selama tiga tahun. Portal berita Mirror melaporkan, mahkamah daerah di sini dimaklumkan Juraj Hrotak, 34, sering memukul isterinya, Alexandra Hrotakova dan anaknya, Lucka, 5.

Lucka dipercayai meninggal dunia akibat penderaan pada 2009. Tindakan itu didedahkan apabila pemilik pangsapuri yang diduduki mereka di sini menghalau pasangan tersebut dan polis menemukan mayat Lucka di dalam sebuah bilik berkunci di kediaman berkenaan. Hrotak dihukum penjara selama 17 tahun dan 18 bulan kerana menyeksa kanak-kanak tersebut dan tinggal di pangsapuri itu tanpa kebenaran.

Hrotakova, 43, pula, dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun kerana gagal bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan tidak melindungi anak atau memberikan penjagaan asas. Kes berkenaan menimbulkan kemarahan penduduk Slovakia kerana pekerja jabatan kebajikan dan sosial tidak tahu mengenai kes tersebut terutama kerana kanak-kanak berkenaan sepatutnya ke sekolah sejak dua tahun lalu.-AP

0 Response to "KEJAM!! Mayat Anak Berusia 5 Tahun Disimpan Selama 3 tahun Untuk Tuntut Skim Faedah Anak Daripada Kerajaan.."

Post a Comment