A Rahman dan Fadilah Mansor bakal berkahwin

Pelakon drama veteran, Fadilah Mansor bakal menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal dengan penyanyi 60-an, Datuk A Rahman pada hujung tahun ini.

Memetik daripada Harian Metro, Fadilah enggan mengulas lanjut mengenai majlis berkenaan kerana statusnya sebagai wanita dan menghormati permintaan A Rahman.

"Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,"

Tambahnya lagi, dia juga segan untuk mengumumkan hal tersebut kerana faktor usia mereka dan juga boleh menimbulkan perkara yang tidak dingini jika perkara tersebut digembar-gemburkan.

"Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata 'over' pula.

"Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nant," katanya.

Terdapat sumber mendakwa pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis ringkas Disember ini.

Dakwaan tersebut diperkukuhkan lagi apabila menerima gambar baju pengantin perempuan dipercayai bakal dipakai oleh Fadilah pada majlis itu nanti.

Dalam pada itu, A Rahman meminta kepada pihak media untuk tidak menggembar-gemburkan kisah perkahwinan mereka ini sehingga pihaknya bersedia untuk mengumumkannya.

Pasangan ibu dan bapa tunggal ini mula berkawan selepas hadir di satu majlis hiburan berapa bulan lalu.

Fadilah berkata dia menerima lamaran tersebut kerana sikap A Rahman yang rendah diri dan penyayang.

0 Response to "A Rahman dan Fadilah Mansor bakal berkahwin"

Post a Comment