Pelakon popular Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya kini rapat dengan pelakon baru dan model Anis Al-Idrus.
"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini.
"Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab," katanya
Aktor berusia 29 tahun berkata, dia terpikat dengan Anis selepas melihat sikap pelakon itu yang lemah lembut, mudah memahami dan pandai memikat hati keluarganya.
"Bayangkan saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu.
"Dan keluarga saya juga menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilingnya."
Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk melamar Anis lagi kerana mahu wanita itu aktif dalam bidang lakonan.
"Kalau boleh biarlah kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya pun mahu lihat dia lebih aktif dalam lakonan kerana dia boleh pergi jauh. Sayang kalau tidak gunakan bakat itu sebaik-baiknya."
0 Response to "Sharnaaz Ahmad akui rapat dengan Anis Al-Idrus"
Post a Comment