Filem Lelaki Harapan Dunia atau judul Inggerisnya, Men Who Save the World’ yang ditulis dan diarahkan Liew Seng Tat akan ditayangkan Festival Filem Antarabangsa Toronto edisi ke-38 serta Festival Filem Antarabangsa Nara edisi ke-7pada bulan September ini.
Dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto yang akan berlangsung pada 4 September hingga 14 September 2014, Lelaki Harapan Dunia akan ditayangkan dalam dalam kategori Cinema Dunia Kontemporari.
Manakala untuk tayangan perdana Amerika Utara pula, Lelaki Harapan Dunia akan ditayangkan pada 9 September .Menariknya, Lelaki Harapan Dunia juga layak dipertandingkan dalam Anugerah Pilihan Penonton Grolsch.
Di Festival Filem Antarabangsa Nara pula , Lelaki Harapan Dunia akan bertanding dalam kategori utama iaitu “NARAtive Film Project" until Anugerah "Golden Shika. Festival Filem Antarabangsa Nara ini pula akan berlangsung dari 12 September hingga 15 September ini.
Lelaki Harapan Dunia yang dulunya dinamakan sebagai ‘In What City Does It Live?’ adalah sebuah filem Liew Seng Tat yang cukup dinanti-nantikan..
Filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa termasuklah dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland).
Malah ia turut mendapat skongan dan dana antarabangsa daripada Fondation Groupama Gan pour le Cinéma Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Mahindra Global Filmmaking Award di Sundance Institute, Sundance Institute Feature Film Program dan Doris Duke Foundation (Amerika Syarikat).
Liew telah mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di program Cannes
Director’s Residence Cinefondation lagi dan turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011.
Terdahulu, filem sulungnya iaitu Flower in the Pocket (2007) meraih beberapa anugerah dan hadiah di beberapa ajang filem festival antarabangsa termasuklah di Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville dan Pesaro.
Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa
kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yangmengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.
Filem ini membariskan pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid dan Azhan Rani.
Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan terbitan bersama Everything Films Sdn. Bhd (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).
Sinopsis Filem
Filem berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang telah dihuni oleh “hantu”
sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuninya secara sembunyi- sembunyi.
Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?
0 Response to "Lelaki Harapan Dunia Tayang Di Dua Festival Filem Antarabangsa"
Post a Comment