Kereta Rempuh Van ,2 maut 8 Cedera


Kejadian mengerikan Dua maut manakala lapan cedera selepas sebuah van dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di KM 249.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhadapan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak , awal pagi hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang van berkenaan.

Sumber polis berkata, dua penumpang wanita yang menaiki van meninggal dunia di tempat kejadian sementara lapan lagi mangsa termasuk pemandu dan seorang penumpang kereta hanya mengalami cedera ringan.




"Mangsa yang maut dikenali sebagai Salmah Ahmad, 48, beralamat dari Batu Kurau dan Jimah Md Nata, 61, dari Taiping di sini. 

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala penumpang yang cedera mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh," katanya. 

Menurutnya, kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk teruk dan siasatan berhubung nahas itu masih dijalankan.


0 Response to "Kereta Rempuh Van ,2 maut 8 Cedera "

Post a Comment