Alif Satar Sah Bergelar Suami Kepada Sha Dila .


Jutaan tahniah diucapkan kepada Alif Satar kerana telah selamat bergelar suami kepada Sha Dila Halid kira-kira jam 11.40 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan merpati 2 sejoli ini yang berlangsung di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, hari ini. Jutaan tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan Sha Dila atas perkahwinan anda.



Selain mas kahwin bernilai RM80, Alif Satar turut memberi wang hantaran sebanyak RM19,000 beserta 5 dulang hantaran. Pengantin perempuan membalas dengan 7 dulang hantaran. Antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup ini ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami.

Untuk makluman, majlis resepsi Alif dan Sha akan diadakan pada 20 September ini. Tahniah diucapkan atas pernikahan anda. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Tahniah!!!



0 Response to "Alif Satar Sah Bergelar Suami Kepada Sha Dila ."

Post a Comment