Ahli keluarga arwah Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah dimaklumkan mengenai kepulangan satu lagi jenazah ahli keluarga mereka, Sabtu ini.
Perkara itu dinyatakan Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan MAS memaklumkan jenazah adiknya Tambi disahkan akan dibawa pulang manakala jenazah tiga anak saudaranya, Muhammad Afzar, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih dalam proses pengecaman.
“Kami sudah menerima maklumat ini (pengecaman Tambi), tapi masih menunggu pengesahan rasmi (kerajaan),” katanya
Menurutnya, keluarganya menerima pengesahan itu petang kelmarin melalui kakitangan MAS yang datang ke kediaman keluarga mereka.
“Syukur...kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya.
“Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti,” katanya.
0 Response to "MH17-Hanya Tambi ‘pulang’ Sabtu ini"
Post a Comment