Simpatinya kita kepada Muhammad Firdaus Dullah berusia 15 tahun, kanak-kanak istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikurung dan diabaikan dari segi makan, pakaian dan sebagainya.
Namun ia menjadi satu isu yang meluas diperkatakan apabila adanya banyak pihak memberi cadangan dan pandangan berunsur positif dan negatif
Termasuklah Wardina Saffiyah yang tampil lantang di laman Instagram miliknya mengatakan penemuan remaja lelaki OKU yang kononnya dikurung oleh ibunya adalah berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan kerajaan ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan terbabit.
Wardina juga turut membandingkan polisi itu dengan negara Australia yang memberi fokus terbaik kepada golongan OKU sehingga ibu bapa kepada anak OKU tidak perlu bekerja kerana diberi elaun yang tinggi.
Namun kenyataannya itu, dibidas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kecewa dengan Wardina, menyalahkan kerajaan dalam hal ini.
Menurut beliau kerajaan yang menjumpai adik Firdaus, iaitu Jabatan Imigresen yang turun padang membuat operasi menjejaki pendatang tanpa asing.
Datuk Seri Rohani menambah, pihaknya tidak menyedari kes Muhammad Firdaus kerana tidak dimaklumkan oleh jiran tetangga dan memberi persoalan mengapa jiran tetangga tidak tampil membuat aduan
Menerusi kementeriannya juga, ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan memiliki anak OKU, mereka layak mendapat bantuan RM150 sebulan dan sekiranya anak OKU itu hanya mampu terlantar bantuan sebanyak RM300 akan disalurkan.
Kes yang menimpa adik Firdaus amat tidak relevan dan wajar diberi bantuan dengan segera. Kini, pelbagai pihak tampil terutama NGO yang membantu dan Adik Firdaus masih lagi menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Seharusnya pihak masyarakat artis mahupun rakyat biasa bukanlah hanya sekadar menjadi orang pandai bercakap dan menulis komen ,tetapi seharunya mengabil satu sikap murni iaitu sedia membantu,kerana masyarakat pada hari ini suka memberi pendapat dan suka menyalahkan tapi tidak pernah bertanya pada diri sendiri sejauh mana kita telah membantu masyarakat lain terutamya OKU untuk menjalani sebuah kehidupan yang lebih baik..Selamat beramal
0 Response to "Wardina Ditegur Menteri Kerana Menyalahkan Kerajaan Isu Remaja OKU"
Post a Comment