Satu rakaman video di Youtube mendedahkan sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk berperang kerajaan negara itu.
Rakaman berdurasi satu setengah minit itu dimuatnaik dengan tajuk dalam bahasa Sepanyol.
Rakaman itu dipercayai dibuat oleh seorang lelaki rakyat Malaysia dengan loghat utara.
"Kereta-kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya....lihatlah sahabat-sahabat kita (laungan takbir), sahabat-sahabat kita, semuanya kita akan syahid.
"Sahabat-sahabat kita semuanya bersiap siaga ke medan juang ..sahabat-sahabat kita tidak merasa takut dan merasa kental, kami sedang bergerak (laungan takbir)," katanya yang merakam video itu.
Pada 18 Jun lalu, Wakil Tetap Syria ke PBB mendakwa seramai 15 warga Malaysia terlibat dalam aktiviti-aktiviti jihad Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
0 Response to "Video : Rakyat Malaysia Bersama Kumpulan Isil Untuk Berperang Dengan Kerajaan Syria"
Post a Comment