Walaupun sedang sarat hamil anak pertama namun seri ibu mengandung pelakon Scha Al Yahya cukup menyerlah biarpun tampil ringkas pada pertunjukkan fesyen oleh Rizalman di White Box, Publika pada 3 Jun lalu.
Mengenakan blaus hitam dan dipadankan dengan jaket dari warna ceria, penampilan isteri Awal Ashaari itu kelihatan cukup santai dan bersahaja.
Scha berkata, fesyennya pada petang tersebut tidak terlalu berlebihan bagi wanita mengandung sepertinya kerana pada usia kandungan lapan bulan itu dia agak sukar bergerak dan memerlukan pakaian longgar dan selesa kerana ia lebih mudah baginya untuk mejalankan aktiviti seharian
Wanita mengandung juga boleh bergaya.
"Pakaian yang saya pakai semuanya main ambil jer dari almari dan paling penting selesa dengan keadaan saya yang sedang sarat mengandung.
"Semua pakaian yang saya pakai adalah koleksi lama dan disesuaikan dengan 'maternity pants' memandangkan ia sangat selesa dan memudahkan pergerakan saya," katanya.
Bagaimanapun kata Scha, itu tidak bererti dia tidak boleh bergaya dan masih mementingkan penampilannya namun bersesuaian dengan keadaannya.
"Siapa kata wanita mengandung tidak boleh berfesyen cuma biarlah kena dengan keadaan kerana paling penting seseorang itu selesa dan nampak cantik," ujarnya.
0 Response to "Scha Al-Yahya,Suka Berimej Santai Ketika Mengandung"
Post a Comment