Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi ‘orang minyak’ (gambar kecil) bersilat di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur
Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa ‘syarat dan pantang’ bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil.
“Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh ‘orang dulu-dulu’. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah mer0g0I 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.
“Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara,” katanya kepada di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam ‘orang minyak’.
Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini.
“Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu.
“Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika,” jelasnya.
Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik.
“Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama,” ujarnya
0 Response to "Rogol 99 Anak Dara ,Orang Minyak Ditangkap "
Post a Comment